Rancangan pelajaran harian
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 11.45 – 112.15
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Sirah Nabi
Tajuk : Pekerjaan nabi semasa kecil
Pengetahuan sedia ada : Murid biasa melihat melihat orang berniaga di pasar malam.
Hasil pembelajaran : Di akhir pelajaran murid dapat:-
Aras 1
- Menyatakan pekerjaan nabi semasa kecil
Aras 2
- Menyatakan akhlak nabi semasa melaksanakan pekerjaan
Aras 3
- Dapat mengambil pengajaran daripada pekerjaan nabi.
Kemahiran berfikir : membuat kesimpulan
Penerapan nilai : Matematik
Penyerapan ilmu : Sabar dan tabah
Bahan bantu mengaja : 1- LCD
2- lembaran kerja
Langkah / Masa | Isi Pembelajaran |
Pendahuluan ( 2 minit) | Bacaan doa |
Set induksi ( 5 minit ) | 1. Menayangkan sedutan filem Ahmad Albab 2. Soal jawab berkenaan filem tersebut |
Langkah 1 ( 5 minit ) | Bagi mencapai hasil pembelajaran aras 1 -Menyebut 2 pekerjaan nabi mengembala kambing berniaga Nelayan guru Aktviti : a) Guru bersoaljawab tentang sedutan filem. b) Guru menyenaraikan 4 pekerjaan dan murid pilih pekerjaan nabi c) Sumbang saran pekerjaan yang terdapat dalam sedutan filem d) Latih tubi menyebut pekerjaan nabi |
Langkah 2 ( 5 minit ) | Bagi mecapai hasil pembelajaran aras 2 -menyatakan 4 akhlak nabi semasa melaksanakan pekerjaan. Rajin bertanggungjawab Sabar Ikhlas Aktiviti : a) Guru bersoaljawab mengenai akhlak nabi semasa melaksanakan pekerjaaan. b) Sumbang saran akhlak nabi semasa melaksanakan pekerjaan. c) Murid membaca akhlak nabi yang dipaparkan. d) Latih tubi membaca akhlak nabi. |
Langkah 3 ( 8 minit ) | Bagi mencapai hasil pembelajaran aras 3 -murid menjawab lembaran kerja Aktiviti : a) Murid diberikan kertas lembaran kerja oleh guru. b) Murid menjawab soalan lembaran kerja. c) Mengadakan perbincangan jawapan soalan yang diberikan. |
Penutup ( 5 minit) | Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan tajuk ini. 1. Pekerjaan nabi 2. Akhlak nabi 3. Pengajaran yang dapat dipetik daripada tajuk ini Aktiviti : Murid menyebut semula isi-isi penting secara keseluruhan |
Refleksi :
Pilih dan tulis jawapan yang betul di tempat kosong yang disediakan.
1. Semasa kecil Nabi Muhammad s.a.w. _________________ menolong ibu sususannya menternak kambing.
a-penat b- rajin c- malas
2. Binatang ternakan Halimatus Saadiah ________________ sejak nabi Muhammad menjaganya.
a- mati b- sakit c- berkembang biak
3. Kita perlu ________________ dalam melakukan pekerjaan.
a- amanah b- sibuk c- makan
4. Sikap ______________ yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad hendaklah dijadikan contoh teladan.
a- alas b- ikhlas c- lambat
5. Allah sayang akan hambanya yang ____________ dalam melakukan sesuatu.
a- Malas b- ikhlas c- lambat
6. Orang yang rajin bekerja akan di __________________ oleh masyarakat.
a- puji b- keji c- hormati